Searching...
Friday, 23 January 2015
06:11 0

Zamani akan Dibebaskan Esok?



Alhamdulillah dengar perkhabaran ni kan? Ramai yang mendoakan yang terbaik untuk zamani.. Mungkin dengan doa2 penyokong setia zamani yang mendoakan untuk beliau.. urusan beliau di permudahkan.



Yang pasti khabar ni haruslah menjadi berita paling gembira keluarga, rakan2 & peminat setia zamani
06:02 1

Andai Saya Pergi Dulu, Jagalah Anak-Anak Ini Dengan Sebaiknya – Pesan Abby Abadi Pada Norman Hakim


Umum mengetahui yang Abby Abadi mempunyai 3 anak hasil perkahwinan dengan pelakon terkenal Norman Hakim. Baru-baru ini Abby abadi ada memuatnaik mesej di laman instagramnya, sesiapa yang membacanya pasti tersentuh.

Tak ada yang lebih sejati dari kasih sayang ibu bapa. Korang yang masih mempunyai ibu bapa tu, hargailah mereka sementara masih ada. Hah! Apasal pulak kami emo pagi-pagi ni? Sebenarnya, kami tersentuh apabila membaca pesanan aktor kacak, Norman Hakim kepada anaknya, Maria Danisha Hakim sempena ulang tahun kelahiran anaknya ini.



Dari mana kami baca? Dah tentulah dari kiriman seorang pembaca kepada kami. Bukan ucapan Norman je yang buat kami tersentuh tau. Kata-kata Abby turut membuatkan kami sebak. Mungkin tersentuh dengan ucapan dari bekas suaminya itu, Abby menulis kapsyen yang mendoakan hubungan anaknya dan Norman akan kekal hingga bila-bila.

Yang buat kami bagai nak nangis tu bila Abby berkata, “Andai saya pergi dulu, jagalah anak-anak ini dengan sebaiknya. Jangan dibeza-beza”. Haa, sangat menyentuh perasaan kan? Nak tahu apa ucapan Norman kepada anaknya ini, jom baca :

HAPPY 6TH BIRTHDAY babyku sayang #mariadanishahakim ! Papa sayang baby sangat2 tau…baby be a good muslimah ok! Kalau papa termarah sikit ke, papa minta ampun maaf. Baby jangan ambil hati ok sebab marah tu tandanya sayang jugak. Papa akan sentiasa menjadi semut baby yang besar yang akan sentiasa berada dengan baby bila-bila masa baby perlukan papa InshaaAllah. Allah & para malaikat, pls keep my daughter #mariadanishahakim safe & warm dibawah lindunganMu. Kurniakanlah segala kebaikan, keceriaan & kegembiraan buat dirinya. I love u till the last breath of my life sayangku baby #mariadanishahakim

Hmm, siapa yang tak tersentuh dengan ucapan sebegini kan? Kami lihat, peminat Abby pun turut merasai perasaan ibu tunggal ini. Sampai ada yang menitiskan air mata tau! Tak lupa, ada juga yang mendoakan Abby akan bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh dan dapat membimbingnya dengan lebih baik.

Apapun, kami mendoakan kebahagian buat Abby Abadi dan anak-anak. Ketabahan beliau sebagai ibu tunggal membesarkan anak wajar di contohi. Syabas buat Norman Hakim walaupun sudah bercerai dengan Abby Abadi, anak-anak tidak dilupakan. Happy Birthday Maria Danisha!






03:55 0

AKHIRNYA !!! Cik Wawa Tewas ‘DIPUKAU’ Untuk BOGEL & Dirakam !

hiasan
Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita (Cik Wawa ) yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.

Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.

“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.

“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik.

“Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.

“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya. 
03:26 9

Laman Web Vietnam Sebarkan Gambar Mangsa QZ8501 Yang Tidak Didedahkan Oleh SAR

 
Beberapa gambar yang tidak didedahkan kepada umum semasa misi SAR dijalankan terhadap Air Asia QZ8501 telah tersebar di salah sebuah laman web di Vietnam. Pelbagai reaksi mengejutkan yang diberikan oleh pembaca laman tersebut.
Antara gambar yang disebarkan di laman tersebut :-